Pelan_Hala_Tuju
SEREMBAN:
Pembentangan Plan Hala Tuju Luar Bandar 2016-2045 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada Persidangan Hari Pertama (Belanjawan) Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-13, sekaligus melengkapkan pembangunan Negeri Sembilan secara yang lebih inklusif.

Pastinya pembentangan ini memaknai cakupan keseluruhan agenda yang lebih besar sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan ke arah memacu pembangunan 30 tahun ke hadapan dan menjadikan Negeri Sembilan sebagai Negeri Moden melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Negeri Sembilan Moden 2015-2045 dan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang telah dibentangkan pada Belanjawan 2016 yang lalu.

Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rantau berkata, matlamat pembentukan Pelan Hala Tuju Luar Bandar ini adalah untuk mengarus perdanakan kawasan luar bandar melalui kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial bagi mencapai visi Luar Bandar 2045 : Desa Amaya Mampan, Makmur Dan Sejahtera. Ia akan direncanakan meliputi keseluruhan kawasan luar bandar di Negeri Sembilan.

Menurutnya, dalam konteks ini, prinsip kemakmuran ekonomi yang bersandarkan inklusiviti dijangka dapat menjamin keseluruhan rakyat di luar bandar mampu seiring dengan arus pembangunan negeri, manakala, prinsip kesejahteraan sosial pula lebih memfokuskan kepada menyediakan peluang kepada masyarakat luar bandar daripada aspek pekerjaan, tempat tinggal, ketersampaian kepada prasarana asas fizikal, sosial dan kehidupan yang mampan serta menikmati perkhidmatan yang setara dengan kawasan bandar.

Jelasnya, secara keseluruhan pembentukan pelan hala tuju ini menekankan kepada konsep pembangunan mampan dan pembangunan saksama.

“Kedua-dua konsep pembangunan ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan pertumbuhan ekonomi serta merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, ekonomi, sosial, tadbir urus, infrastruktur, sumber dan alam sekitar,” katanya.

Menteri Besar berkata, berteraskan konsep pembangunan ini, aktiviti ekonomi luar bandar akan dipergiatkan berasaskan sumber dan kekuatan yang dimiliki dengan penyediaan persekitaran setaraf bandar tanpa membelakangkan keperluan generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan dan pengukuhan potensi sebenar melalui pengkhususan aktiviti ekonomi mengikut daerah akan mewujudkan rantaian ekonomi yang lebih kukuh, memenuhi permintaan pasaran dan menjana pulangan yang lebih tinggi. Situasi ini akan mengekalkan dan menarik populasi generasi belia untuk tinggal di luar bandar.

Jelasnya, Pelan Halatuju Luar Bandar Negeri Sembilan 2016– 2045 ini digubal bagi memastikan visi Kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan luar bandar sebagai Desa Amaya Mampan, Makmur dan Sejahtera dapat direalisasikan. Pelan ini juga bermatlamat agar masyarakat luar bandar akan turut menikmati kualiti kehidupan moden setaraf dengan masyarakat bandar. Kawasan luar bandar akan terus kekal mendasari pembangunan negeri ini selaras dengan tema pembangunan Negeri Sembilan: Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat.


The ‘Mantai’ Programme Would Continue


Seremban, June 3, 2019 (Korporat SUKNS) - The state government decided that the ‘mantai’ programme would continue. The programme enable the public to buy meat at a lower price.

Read more ...

Negeri Sembilan Extends Condolences To Pahang Royal Family


Seremban, May 23, 2019 (Korporat SUKNS) - Deepest condolences from the state government and all the people of Negeri Sembilan to the Pahang royal family over the passing Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Read more ...

NS SS In List Of Honours Recipients In Conjunction With Tuanku Muhriz's Birthday


Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun heads the list of 340 recipients of awards and medals in conjunction with Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz’s 71st birthday.

Read more ...

  1. ANNOUNCEMENTS
  2. NEWSPAPER CUTTINGS
  3. EMPLOYMENT
  4. TENDER/QUOTATION
  5. NOTICE
  6. ACT/CIRCULAR
  7. KING'S SPEECH
  8. YAB MBNS SPEECH
  • Sebut Harga SH/ SUKNS/BIL.22/ 2019baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Ubahsuai Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Blok C, Tingkat 1, Wisma Negeri, Negeri Sembilan.
  • Tender T/SUKNS/Bil. 2/2019baru
    Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Bagi Bangunan Kawasan Zon A, Zon B Dan Zon C Di Bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Tender T/SUKNS/Bil. 1/2019baru
    Tawaran Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara Dalam Tempoh Jaminan Perkakasan Dan Perisian Komputer Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/ BIL.23/2019 baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Peralatan Multimedia Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S 12/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Peralatan Bagi Program Pembangunan Kawalan Makhluk Perosak Negeri Sembilan 2019.
  • Sebut Harga PDJKP 1/2019 baru
    Perkhidmatan Mencuci Bangunan Pejabat dan Membersih Kawasan Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

State Links

Direct Access

  • Statistic_of_Online_Services