MaulidurRasul2018
SEREMBAN,19 November 2018 (Korporat SUKNS):
Kira-kira 1,000 tetamu hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 di Masjid Negeri, Seremban. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membawa mesej jelas mengajak umat Islam menumpukan segala daya dan usaha untuk menyantuni umat lain.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Aminuddin Harun dalam ucapannya beliau mengingatkan masyarakat di Negeri Sembilan dituntut untuk menjauhi segala bentuk perselisihan dan perbalahan sesama sendiri. Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai contoh negara Islam progresif pesat membangun, membuktikan kerajaan menitikberatkan perihal agama Islam dalam semua aspek meskipun memiliki masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata lagi, masyarakat perlu memelihara perpaduan dan keharmonian hidup sesama manusia kerana perkara tersebut merupakan perintah agama yang patut dipatuhi oleh umat agama Islam.

“ALLAH mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga hubungan silaturahim sesama umat manusia, berinteraksi, bergaul dan menjalin hubungan yang baik bagi keharmonian sesama anggota masyarakat”.

“Sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara muslim adalah wajib dipelihara dan disuburkan," katanya ketika berucap pada di sini, malam ini.

Turut hadir, Speaker DUN Negeri Sembilan, YB Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dr. Razali Ab. Malik, Mufti Kerajaan Negeri, YBhg. Dato' Hj. Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Sementara itu, dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar turut menyampaikan Anugerah Khas Pelajar Cemerlang kepada enam orang pelajar yang mendapat Pangkat Mumtaz dalam pengajian sarjana muda, Diploma Tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kesemua mereka menerima cek sejumlah RM2,000 bagi kategori ijazah sarjana muda, RM1,500 Diploma Tahfiz dan RM1,000 kepada pelajar STAM dan membawa pulang piala iringan serta sijil.

Turut diadakan ceramah bertajuk 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat' yang disampaikan oleh Panel Penggubal Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia YBhg. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

NS TO GIVE RM200 AIDILFITRI AID FOR MPKK CHAIRMEN, SECRETARIES AND MOSQUE OFFICIALS

Bantuan RM200 Untuk Pegawai Masjid, Pengerusi & Setiausaha MPKK NS
Seremban, May 23, 2020 (Korporat SUKNS) - The Negeri Sembilan government will give a RM200 Aidilfitri aid to the chairmen and secretaries of the Village Community Management Councils (MPKK) as well as mosque officials in the state.

Read more ...

Negeri Sembilan State Assembly Sitting To Proceed With Restrictions

Negeri Sembilan State Assembly Sitting To Proceed With Restrictions
Seremban, May 3, 2020 (UKIK) - The Negeri Sembilan state legislative assembly sitting, scheduled on May 4, will proceed with some restrictions including limited attendance, said Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Read more ...

  • Langkah Membayar Zakat Fitrah Menggunakan SnapNPay
    Langkah Membayar Zakat Fitrah Menggunakan SnapNPay
  • Langkah Membayar Zakat Fitrah Menggunakan JomPay
    Langkah Membayar Zakat Fitrah Menggunakan JomPay
  • Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MyEG
    Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MyEG
  • Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi PBMaINS MAINS
    Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi PBMaINS MAINS
  • Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Portal PBMaINS MAINS
    Langkah Membayar Zakat Fitrah Melalui Portal PBMaINS MAINS
  • 5 Saluran Pembayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian
    5 Saluran Pembayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian
  • Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Stesen Minyak
    Stesen Minyak
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
  • Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
    Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
  • Premis Makanan
    Premis Makanan
  • Pasar Raya-Kedai Runcit-Kedai Serbaneka
    Pasar Raya-Kedai Runcit-Kedai Serbaneka
  • Pasar Malam
    Pasar Malam
  • Pasar Awam
    Pasar Awam
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
  1. ANNOUNCEMENTS
  2. NEWSPAPER CUTTING
  3. EMPLOYMENT
  4. TENDER/QUOTATION
  5. NOTICE
  6. ACT/CIRCULAR
  7. ROYAL SPEECHES
  8. MB SPEECHES

Selanjutnya...

 

Agency Links

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

State Links

Direct Access

  • Statistic_of_Online_Services
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email