Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (31 Ogos 2018):
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban disambut dengan penuh meriah dengan dihadiri oleh lebih 10,000 orang awam pelbagai bangsa.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2018.

Turut hadir, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Yang Amat Mulia Dato’ Syahbandar Sungei Ujong, Dato’ Seri Utama Haji Badrudin Haji Abdul Khalid.

Persembahan Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata oleh 550 orang anggota gabungan Pasukan naungan 1 Briged membuka tirai acara sambutan pada tahun ini dan diteruskan dengan upacara membawa bendera oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George ke-V, Seremban.

Acara diikuti dengan Kawalan Kehormatan Utama memberi Hormat Diraja kepada Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seramai tiga pegawai dan 103 orang anggota pelbagai pangkat dari Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Senawang yang diketuai oleh Mejar Mohd Fazlee bin Basri dan Pegawai Panji-Panji Pasukan dibawa oleh Lt. Nasyrul Izzuan bin Jamaludin. Kumpulan Pancaragam Gabungan 1 Briged diketuai oleh Staf Sarjan Md Firdaus bin Md Yusof dengan kekuatan ahli seramai 40 orang.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Tuan Haji Aminuddin bin Harun serta isteri Puan Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Zulkefly bin Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB. Dr. Razali bin Ab. Malik, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Seramai 5,971 orang peserta mewakili 94 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai Persatuan Veteran Tentera dan Polis, Pasukan Beruniform Sekolah, Jabatan-jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi-Agensi Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan Pasukan Keselamatan mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-61.

Selain perarakan kontinjen, sambutan pada tahun ini turut disertai dengan perarakan aset oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.


The ‘Mantai’ Programme Would Continue


Seremban, June 3, 2019 (Korporat SUKNS) - The state government decided that the ‘mantai’ programme would continue. The programme enable the public to buy meat at a lower price.

Read more ...

Negeri Sembilan Extends Condolences To Pahang Royal Family


Seremban, May 23, 2019 (Korporat SUKNS) - Deepest condolences from the state government and all the people of Negeri Sembilan to the Pahang royal family over the passing Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Read more ...

NS SS In List Of Honours Recipients In Conjunction With Tuanku Muhriz's Birthday


Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun heads the list of 340 recipients of awards and medals in conjunction with Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz’s 71st birthday.

Read more ...

  1. ANNOUNCEMENTS
  2. NEWSPAPER CUTTINGS
  3. EMPLOYMENT
  4. TENDER/QUOTATION
  5. NOTICE
  6. ACT/CIRCULAR
  7. KING'S SPEECH
  8. YAB MBNS SPEECH
  • Sebut Harga SH/ SUKNS/BIL.22/ 2019baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Ubahsuai Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Blok C, Tingkat 1, Wisma Negeri, Negeri Sembilan.
  • Tender T/SUKNS/Bil. 2/2019baru
    Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Bagi Bangunan Kawasan Zon A, Zon B Dan Zon C Di Bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Tender T/SUKNS/Bil. 1/2019baru
    Tawaran Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara Dalam Tempoh Jaminan Perkakasan Dan Perisian Komputer Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/ BIL.23/2019 baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Peralatan Multimedia Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S 12/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Peralatan Bagi Program Pembangunan Kawalan Makhluk Perosak Negeri Sembilan 2019.
  • Sebut Harga PDJKP 1/2019 baru
    Perkhidmatan Mencuci Bangunan Pejabat dan Membersih Kawasan Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

State Links

Direct Access

  • Statistic_of_Online_Services