Majlis_Santapan_Negeri
SEREMBAN:
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Negeri yang diadakan di Klana Resort Seremban.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-70 turut dihadiri Dato’-Dato’ Undang dan Tunku Besar Tampin serta kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Dato’ Seri Zain Al-'Abidin.

Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri Raja Datin Seri Dato’ Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Seri Dr. Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan, Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negara.

Majlis Santapan Negeri dimulakan dengan persembahan tarian `Pahlawan Pesaka’ oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) sebagai pembuka majlis mengalu keberangkatan tiba Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan Dato’ Nasir Wahab.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan diiringi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkenan menyempurnakan acara memotong kek sempena Ulangtahun Keputeraan.


Nestlé Reveals World’s Biggest Milo Factory In In Negeri Sembilan


Rembau, September 26, 2019 (Korporat SUKNS) - Nestlé Malaysia today launched its expanded Chembong Factory in Negeri Sembilan with an investment of RM90 million to establish the facility as the world’s largest MILO Manufacturing site and global Centre of Excellence.

Read more ...

  1. ANNOUNCEMENTS
  2. NEWSPAPER CUTTING
  3. EMPLOYMENT
  4. TENDER/QUOTATION
  5. NOTICE
  6. ACT/CIRCULAR
  7. ROYALS SPEECHES
  8. MB SPEECHES
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.39/2019 baru
    Kerja-kerja Menaiktaraf Dan Ubahsuai Laluan Tengah dan Ruang Balkoni di Bahagian Khidmat Pengurusan serta Kerja-kerja yang Berkaitan di Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/BIL.SUKNS/38/2019 baru
    Kerja-kerja Menaiktaraf Gelanggang Tenis di Kuarters JKR No.3245 Jalan Penghulu Cantik dan Kerja-kerja Berkaitan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 23/2019 baru
    Kerja-Kerja Memasang dan Mengujilari Cold Room Berukuran 8 Kaki (P) x 8 Kaki (L) x 8 Kaki (T) Lengkap Dengan Sistem Penyejukan Termasuk Kerja-Kerja Elektrikal Berkaitan bagi Tujuan Penguatkuasaan dan Perundangan Veterinar di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.

More...

 

Agency Links

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

State Links

Direct Access

  • Statistic_of_Online_Services