|
HASIL
** Makluman Kepada Pembayar Cukai Tanah Objektif Mengutip semua jenis hasil yang perlu dibayar mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) dan Arahan Kerajaan Negeri Sembilan. Berusaha meningkatkan kutipan hasil, mengurangkan tunggakan dan meluaskan punca-punca kutipan hasil. Mengemaskinikan dan menyelenggara rekod-rekod hakmilik dan dokumen-dokumen tunggakan cukai.
Fungsi Bertanggungjawab untuk mengutip bayaran dan kutipan hasil Negeri dan Persekutuan yang dikenakan kepada orang ramai terhadap semua jenis urusan serta merekod dan mengakaunkannya. Mengendalikan akaun amanah (deposit) dengan unit-unit berkaitan. Mewujudkan sistem perakaunan dan rekod hasil tanah yang kemas dan sistematik. Menjalankan siasatan dan penyemakan cukai tanah dari masa ke semasa. Memproses semakan dan pengemaskinian bil cukai tanah. Menguruskan tindakan penguatkuasaan bagi tanah yang cukainya tidak dibayar.
Misi Penggunaan ICT untuk meningkatkan kutipan hasil. Visi Ke arah pengurusan kutipan hasil yang berkesan. Aktiviti - Menguruskan kutipan harian untuk bayaran cukai tanah, semua jenis urusniaga, premium dan premium tambahan, jualan pelan, lesen pendudukan sementara dan deposit.
- Menyediakan laporan kutipan harian untuk dihantar ke bank.
- Mengemaskinikan akaun bayaran cukai tanah.
- Menguruskan akaun deposit untuk lelongan awam, permit dan deposit bantahan ke mahkamah.
- Memproses pengurangan denda lewat dan cukai tanah.
Piagam Pelanggan "Memberikan Layanan Mesra Dan Bersopan Santun Kepada Pelanggan" 1. Mencetak dan memproses semua cukai yang lengkap beralamat sebelum 31 Mac setiap tahun.
2. Menyelesaikan masalah kredit/kurang bayar dalam masa 3 hari selepas maklumat lengkap diterima.
3. Memproses permohonan denda lewat dalam tempoh sehari bagi permohonan yang diterima dikaunter dan 14 hari bagi permohonan melalui pos.
4. Mengembalikan resit-resit cukai tanah yang diterima melalui penghantaran pos dan berdaftar dalam masa seminggu ( 7 hari) bagi hakmilik yang tiada masalah.
5. Memproses baucer Bayaran Balik Deposit dalam masa 4 hari dari tarikh permohonan diterima.
6. Memproses bayaran bil dalam masa seminit bagi setiap pelanggan.
Pencapaian Piagam Pelanggan
Pentadbiran ini telah berjaya : Pencapaian
1. Mencetak dan memproses semua cukai 100% yang lengkap beralamat sebelum 31 Mac setiap tahun
2. Menyelesaikan masalah kredit/kurang bayar 100% dalam masa 3 hari selepas maklumat lengkap diterima.
3. Memproses permohonan denda lewat sehingga 50% dalam 100% tempoh 100 sehari bagi permohonan yang diterima dikaunter dan 14 hari bagi permohonan melalui pos.
4. Mengembalikan resit-resit cukai tanah yang diterima 100% melalui penghantaran pos dan berdaftar dalam masa seminggu (7 hari) bagi hakmilik yang tiada masalah.
5. Memproses baucer Bayaran Balik Deposit dalam masa 100% 4 hari dari tarikh permohonan diterima.
6. Memproses bayaran bil dalam masa seminit bagi setiap pelanggan. 100%
|