|
UNDANG LUAK JOHOL 
 
YANG TERAMAT MULIA DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO' HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI UNDANG LUAK JOHOL KE 14. Yang Teramat Mulia Dato' Haji Mohd Jan bin Abd Ghani telah dilahirklan pada 10 Ogos 1940 di Kampong Ulu, Pekan Gemencheh dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rokan dari tahun 1948 hingga 1954. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Gemencheh dari tahun 1955 hingga 1957. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Singapura. Setelah tamat pengajian beliau menjawat jawatan sebagai Guru selama beberapa tahun. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Guru dan berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebagai Pegawai Bank dari tahun 1967 hingga 1988. Beliau bersara dari jawatan pegawai bank setelah menyandang pusaka adat yang bergelar Dato' Baginda Tan Mas pada tahun yang sama. YTM telah mendirikan rumahtangga dengan YM Toh Puan Sa'adah binti Othman pada 29 Januari 1969. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu 6 lelaki dan 1 perempuan. YTM merupakan akan yang ke 4 dari 5 adik-beradik. Pada 13 Mac 2007, YTM telah diisytiharkan sebagai Dato' Undang Luak Johol ke 14 setelah Dato' Undang yang ke 13 meninggal dunia. Pengistiharan tersebut telah dilakukan oleh Dato' Jenang Saidin bin Abd Aziz dan disaksikan oleh ibu waris, wakil kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kerajaan. SEJARAH UNDANG LUAK JOHOL Daerah Johol merupakan salah satu daerah di Negeri Sembilan. Asalnya dikenali sebagai Pasir Besar. Ditukar kepada Undang Luak Johol pada tahuan 1723. GELARAN:
Gelaran Undang : Yang Amat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Undang Luak Johol. Gelaran Isteri : Yang Mulia To' Puan Gelaran Pusaka Adat : Dato' Baginda Tan Mas. SENARAI UNDANG LUAK JOHOL 1723 - 1747 Y.T.M. Dato' Putri Kunung Siti Awan [Setiawan I], Datuk Undang Luak Johol Pertama bergelar Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan. 1747 - 1760 Dato' Rambut Panjang 1760 - 1790 Y.T.M. Dato' Putri Setiawan II 1790 - 1810 Y.T.M. Dato' Rambutan Jantan 1810 - 1820 Y.T.M. Dato' Nuri, 1820 - 1840 Y.T.M. Dato' Abu Bakar Gubah [To' Bunchit 1840 - 1900 Y.T.M. Dato' Wan Saeto Rubah [Wan Eta], Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan 1901 - 1918 Y.T.M. Dato' Wan Omar bin Wan Hassan, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa 1918 - 1947 Y.T.M. Dato' Kamat bin Haji Sulaiman 1947 - 1973 Y.T.M. Dato' 'Abdu'l Manap bin Tolok, 1973 - 1985 Y.T.M. Dato' Haji 'Abdu'l Majid bin 'Abdu'l Wahid. 1985 - 1988 Y.T.M. Dato' Haji 'Abdu'l Rahman bin Mat Som [Waris Gemencheh 1988 - 2007 Y.T.M. Dato' 'Abdu'l bin 'Ali, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan 13 Mac 2007 : Dato' Haji Muhammad Jan bin 'Abdu'l , Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Copyright©Christopher Buyers, November 2000 - May 2007
|