SENAMROBIK PERDANA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SAMBILAN KALI KE 86.Padang Awam Seri Menanti dimeriahkan oleh lebih dari 500 orang sewal jam 7.30 pagi untuk bersama-sama menyertai Program Senamrobik Perdana Sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 86.
Turut memeriah program ini ialah Dato' Haji Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tuan Abdul Samad Ibrahim, Ahli EXCO Kerajaan Negeri, Tuan Haji Asis Ujang, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan Ketua-Ketua Jabatan di Kuala Pilah.
Galeri Gambar
|
|
Dikemaskini ( Rabu, 03 September 2008 )
|
|
Raja Berjiwa Rakyat DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman berbesar hati mencemar duli melawat Majlis Sambutan Hati Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 86 pada patang ini.
Baginda Tuanku telah meluangkan masa lebih kurang satu jam melawat Festival Memancing, Konti Radio Negri Fm dan khemah-khemah yang menyertai program Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kali yang ke 86 ini.
Galeri Gambar |
|
Dikemaskini ( Selasa, 22 Julai 2008 )
|
|
|
Forum Perdana Ehwal Islam |
|
SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE 86

17 Julai 2008 - Siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 86, Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah telah diadakan pada hari ini, 17 Julai 2008 jam 10.00 malam di Padang Awam Seri Menanti Kuala Pilah.
DYMM Tuanku dan DYMM Tunku Ampuan telah sudi mencemar duli hadir ke majlis ini yang disiarkan secara langsung di RTM1. Program yang dianjurkan oleh Istana besar Seri Menanti, Kerajaan Negeri Sembilan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Jabatan Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya manarik lebih kurang 1000 orang.
Forum perdana kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria Othman dan ahli panel terdiri dari YB SS Dato' Hj Noh bin Hj Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor, Dato' Dr. Hj.Fadzillah Kamsah dan Dr. Fatma el-Zahra Mohamad Ramadhan yang mengupas isu 'Rumahku Syurgaku'.
Turut hadir pada program ini YM Tunku Dato' Azman bin Tunku Burhanuddin, YB Dato' Mohd Norzam bin Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Encik Jamsari bin Jaafar, Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat yang mewakili Pengarah Urusan Bank Rakyat.
Lain-lain orang kenamaan yang hadir termasuklah YB Tuan Abd Samad Ibrahim (Ahli EXCO Kerajaan), YB Tuan Muhamad Razi Kail (EXCO Kerajaan), Tuan Hj Asis Ujang (Pegawai Daerah Kuala Pilah). |
|
Dikemaskini ( Khamis, 11 September 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Terakhir >>
|
| Keputusan 33 - 36 dari 44 |