|
Peruntusan Pegawai Daerah |
|
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah ialah sebuah organisasi yang mempunyai hubungan secara terus dengan orang ramai. Dasar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah ialah untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Negara yang menjurus ke arah pencapaian Wawasan 2020 dan mempertingkatkan perkhidmatan pentadbiran dengan berkesan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan mendapatkan keuntungan yang optimum terhadap hasil Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Biasanya kita menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan pelanggan disebabkan oleh aspek fizikal seperti perhubungan yang jauh di antara pelanggan dengan pentadbiran ini. Oleh itu adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapatlah pelanggan-pelanggan dan orang ramai melayarinya dan mendapatkan maklumat-maklumat serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran ini. Pentadbiran ini sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan pandangan saudara dan saudari bagi memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang sedia ada di dalam laman ini. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah Tuan Haji Ibrahim bin Hassan
|
|
Dikemaskini ( Khamis, 30 April 2009 )
|