|
Kuala Pilah ialah salah satu dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Daerah Kuala Pilah terletak di bahagian tengah Negeri Sembilan Darul Khusus dan merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan Darul Khusus dengan keluasan 109,039.58 hektar. Daerah Kuala Pilah disaliri oleh 5 sungai utama iaitu Sungai Jelai, Sungai Pilah, Sungai Seri Menanti, Sungai Johol dan Sungai Terachi. Terdapat 11 buah mukim di daerah ini dengan 117 buah JKKK Kampung Tradisi, 7 buah JKKK Kampung Baru, 1 buah JKKK Orang Asli, 1 skim penempatan FELDA(Kepis) serta 1 buah Majlis Tempatan yang ditadbirkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah terletak di jalan Kuala Pilah-Bahau dan beroperasi di Tingkat Bawah, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah.
|
|
Dikemaskini ( Rabu, 26 September 2007 )
|