
MISIMenjadi satu organisasi pengurusan tanah yang "compact" dan berkeupayaan tinggi dengan menggunakan aplikasi teknologi yang optimum supaya dapat memberi perkhidmatan dalam semua aspek pengurusan tanah secara beretika, cekap, cepat, telus dan memuaskan hati pelanggan. VISIMewujudkan satu pasukan pengurusan tanah yang terlatih, cekap, berkualiti dan berkesan bagi membantu kerajaan negeri mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan. OBJEKTIF PEJABAT TANAH KUALA PILAH - Mengurus Pentadbiran Tanah dengan menguatkuasakan peruntukan undang-undang dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan menepati dasar-dasar kerajaan Negeri yang melibatkan pemberimilikan tanah, pembangunan dan perancangan kegunaan tanah.
- Berusaha menambah Hasil Negeri daripada sumber tanah melaui Sistem Pungutan Cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang praktikal, semakan semula kadar-kadar bayaran cukai semasa dan mengenal pasti sumber hasil cukai alternatif bagi mencapai peratusan kutipan cukai tertinggi khususnya di Negeri Sembilan.
- Mempertingkat kefahaman tentang undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah melalui kursus dan latihan berkala.
- Mengatur strategi perlaksanaan bagi membersihkan tunggakan kerja dalam semua urusan dalam pentadbiran tanah seperti pertukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal, pendaftaran hakmilik tanah dan rumah rakyat, tunggakan hasil cukai, senarai tanah milik Rancangan Tanah Penggir, tukar syarat tanah dan lain-lain urusan berkaitan.
- Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang telus, cekap, efisien, berkesan, berkualiti dan mesra pelanggan bagi memastikan kelicinan segala urusan (dealings ) berkaitan tanah.
- Membantu mempercepatkan projek-projek Pembangunan yang ada hubungan dengan tanah yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Pejabat Tanah Kuala Pilah (PTKP) terbahagi kepada 3 Unit utama yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan dalam membantu mencapai visi, misi dan objektif PTKP. Permohonan Tanah (Pentadbiran)Pembangunan Dan Pelupusan Tanah Teknikal Penguatkuasaan
|
|
Dikemaskini ( Jumaat, 12 September 2008 )
|