| LAMAN UTAMA |
|
:: Informasi Terkini ::
Peringatan ! Orang ramai dinasihatkan supaya menjelaskan pembayaran cukai tanah sebelum 31 Mei 2010 bagi mengelakan anda di kenakan denda dan tanah anda dirampas.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1431 H / 2010 M
Sumber Gambar - Ihsan Portal Negeri Sembilan 26 Februari 2010 (Jumaat) - Telah berlangsung satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan. Sambutan telah diadakan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan 1431H / 2010M 5 Februari 2010 (Jumaat) - Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol telah diadakan bertempat di Masjid Daerah Bandar Seri Jempol dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Shamsul Kahar Bin Mohd Deli ADUN Kawasan Serting. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang telah dijemput khas untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Penyampaian Penerima Anugerah Maal Hijrah turut diberi penghormatan untuk menerima Anugerah yang telah disampaikan oleh YB Dato' Shamsul Kahar . Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Khas Pelajar Cemerlang, Anugerah Khas Imam, Nazir, Setiausaha dan Bendahari Masjid, Anugerah Masjid Contoh dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari.
:: Perkhidmatan On Line ::
|
|||||||||||||||||
| Last Updated ( Rabu, 03 Mac 2010 ) | |||||||||||||||||









