Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PSUKNS dan Portal Rasmi PSUKNS. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan ke atas perkhidmatan kami. Saluran yang disediakan adalah:

  • Maklum Balas Kepuasan Pelanggan

  • Idea dan Pendapat Mengenai Portal

  • E-mel Korporat PSUKNS korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my

  • Facebook

  • Undian

Terima kasih di atas sokongan anda.

    
BIL. PENGADU MEDIUM PERTANYAAN JAWAPAN
1. Nur Shafiqa binti Mohd Shahaini Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan - Maklum Balas Salam sejahtera,saya nur shafiqa binti mohd shahaini ingin mengajukan soalan.saya sudah berkhawin dan mempunyai 4 orang anak dan saya juga pernah memohon rumah pprt ketika saya mempunyai 2 orang anak.Tetapi ketika itu permohonan saya tidak layak.Jika saya ingin memohon untuk mendapatkan sebiji rumah dengan kelayakan gaji sebanyak 1495.00 dan suami pula 1100.00 adakah layak. Saya hanya menumpang di rumah keluarga. harap dapatlah saya untuk mendiami rumah sendiri. Terima kasih Adalah dimaklumkan pentadbiran ini telah menerima aduan/maklumat/pertanyaan tuan/puan melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan mengenai perkara di atas. Tuan/puan dimohon untuk menghubungi terus ke Unit Perumahan di talian 06-7659862/9132
2. Nur Suhaili Mohd Yunus Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan - Maklum Balas Bolehkah pemilik rumah menuntut kerugian yang dialami akibat bencana alam? Contohnya: kerosakan bumbung rumah Untuk makluman tuntutan kerugian akibat bencana alam boleh dikemukakan kepada syarikat insurans sekiranya tuan ada mengambil polisi insurans yang melindungi rumah daripada bencana alam. Pelan insurans ini biasanya dikenali Insurans Empunya Rumah / Isi Rumah yang boleh didapati daripada syarikat insurans terpilih. Pihak tuan boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN/Ahli Parlimen masing-masing sekiranya disediakan sebarang bantuan ihsan bagi kes-kes seperti di bawah. Walau bagaimanapun, kelulusan sumbangan tertakluk kepada budi bicara Pusat Khidmat Masyarakat ADUN/Ahli Parlimen kawasan masing-masing
3. Muhammad Eqbal Bin E.Ghazali Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan - Maklum Balas Saya ingin tahu setiap kedudukan geografi orang asli dan suku kaum mereka di Negeri Sembilan bagi tujuan assignment. Adalah dimaklumkan pentadbiran ini telah menerima aduan/maklumat/pertanyaan tuan/puan melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan mengenai perkara diatas. Tuan/puan dimohon untuk menghubungi terus ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di talian 06-7638815.

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive