Seremban, 22 Ogos 2019 (Korporat SUKNS) - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Sesi berkenaan telah dipengerusikan secara bersama antara Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Radzi Jidin.

Menurut kementerian itu, penyediaan RMK-12 akan mengambil pendekatan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. Wawasan ini bagi merapatkan jurang ekonomi, menstrukturkan semua ekonomi serta membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu-padu dan hidup dalam harmoni agar Malaysia menjadi paksi untuk ekonomi Asia menjelang 2030.

Di bawah Rolling Plan 4 (2019) RMK-11, Negeri Sembilan telah diperuntukkan sejumlah RM809 juta atau 1.5 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan.

Jumlah peruntukan ini telah meningkat 17.4 peratus iaitu sebanyak RM120 juta berbanding RM689 juta pada 2018.

Dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan persekutuan menyokong sepenuhnya pelaksanaan Malaysian Vision Valley (MVV) yang meliputi dua daerah utama iaitu Seremban dan Port Dickson, serta Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019-2040 yang memberi tumpuan kepada daerah Rembau, Tampin, Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah.

Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar terutamanya dalam mempertingkat infrastruktur luar bandar untuk memacu sosioekonomi serta menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih baik untuk menjana pendapatan serta peluang pekerjaan.

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive