Seremban, 27 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.68 juta bagi pembelian 10 kereta jenis Toyota Hilux dan lima Mitsubishi Outlander yang akan digunakan penguatkuasa pentadbiran kerajaan negeri bagi meningkatkan dan memantapkan aktiviti penguatkuasaan bagi bidang tugas masing-masing.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata perolehan aset itu juga bagi memastikan kutipan hasil negeri dapat ditingkatkan. Menurut beliau, kenderaan yang sedia ada sekarang ini sudah lama dan ada yang telah uzur telah menyebabkan pasukan penguatkuasa tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana ada kereta yang selalu rosak sehingga menyebabkan kos penyelengaraan juga meningkat.

Peruntukan pembelian semua kenderaan ini telah diluluskan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan tahun lalu.

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive