Menawarkan Perkhidmatan...
Satu terma baharu untuk Perkhidmatan Awam. Sebagaimana selama ini kita menyediakan perkhidmatan , penyampaian perkhidmatan dan sekarang kita mestilah menawarkan perkhidmatan....kalau nak ditawarkan itu mestilah yamg terbaik
PROGRAM BERSEPADU PEMBANGUNAN KOMPETENSI (PROSPEK) MENGGANTIKAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)?
Memetik ucapan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
“Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini”, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
8 Prinsip teras PROSPEK
- Falsafah
- Tujuan
- Dimensi kompetensi
- Kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi
- Fleksibiliti
- Kawalan kualiti
- Ganjaran dan
- Pencapaian penilaian.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan.
Selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.
Kaedah Penilaian PROSPEK
Kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.
Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi ‘cemerlang dan berpotensi tinggi’, ‘memenuhi kompetensi dan berpotensi’ atau ‘memerlukan pembangunan’.
Ganjaran dalam bentuk Pembangunan Diri dan Kemajuan Kerjaya.
Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.
Faedah Pembangunan Diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.
Faedah Kemajuan Kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri.
Pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan. Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya.
Panel Penilai?
Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan. Keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.
Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai. Pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.
Permohonan Cuepacs
- Kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu;
- Kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.
- Insentif diberikan apabila seseorang pegawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.
Mengulas permohonan tersebut, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.
(sumber: BERNAMA, 19 Mei 2011)
Penerbitan Video Korporat Pejabat SUKNS
Penerbitan Video Korporat Pejabat SUKNS sedang dilaksanakan. Apa pandangan anda?
TRANSFORMASI PEJABAT SUKNS
Lama dah perkara ini....mula tahun lepas lagi....tp tak dapat rasakanlah transformasi nya....macam mana ya?
