Ikrar Bebas Rasuah
SEREMBAN, 8 Mac (Rabu)
- Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan mengetuai Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama sembilan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan dan tiga Ahli Rasmi Majlis Kerajaan Negeri Sembilan.

Majlis berkenaan yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli bin Ahmad.

Negeri Sembilan merupakan negeri ke empat melaksanakan IBR di peringkat tertinggi kepimpinan pentadbiran selepas Sarawak, Kedah dan Melaka.