SEREMBAN, 31 Ogos (Rabu)
- Seramai lebih 18,000 orang membanjiri Padang Majlis Perbandaran Seremban dalam sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2016 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban.

Berangkat menyaksikan majlis sambutan ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Turut hadir Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Dato’ Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri serta Tunku Isteri serta Tunku Besar Seri Menanti Tengku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong Dato’ Seri Utama Haji Badrudin Haji Abdul Khalid.

Sebanyak 109 Kontinjen yang terdiri seramai 13,000 orang peserta yang terdiri daripada daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Pasukan Beruniform, Pelajar-Pelajar Sekolah, Parti-Parti Politik, NGO, Veteran Tentera, Institut Pengajian Tinggi Awam, Pasukan Keselamatan, Syarikat-Syarikat Swasta mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Daripada jumlah itu seramai 1,300 orang adalah penyertaan kontinjen daripada Gabungan Belia dan Gen Y Negeri Sembilan.

Turut ditampilkan adalah Perarakan Aset daripada Kenderaan Konvoi Jalur Gemilang, JKR, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk Kumpulan Kawalan Kehormatan Utama dengan memberi Hormat Diraja kepada Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seramai tiga pegawai dan 103 anggota pelbagai pangkat dari Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Di Raja, Kem Senawang yang diketuai oleh Mejar Azwadi bin Ahmad dan Pegawai Panji-Panji Pasukan dipimpin oleh Lt. Holilul Adha bin Jalaludin.

Tarian Perang atau “War Dance” dipersembahkan oleh seramai 1,000 anggota yang disertai oleh Gabungan Pasukan Keselamatan Negeri Sembilan iaitu 1 Briged, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Penjara dan Ikatan Relawan. Kumpulan Pancaragam Gabungan 1 Briged diketuai oleh Pegawai Waren 2 Mohd Nazri bin Mohd Rizuan dengan kekuatan tentera seramai 40 orang. Perarakan masuk kontinjen-kontinjen dimulakan dengan pembawa bendera oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Pelajar dari Sekolah Menengah King George V, Seremban.

Tetamu terhormat yang turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan serta isteri Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Dr. Haji Awaludin Bin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Mat Ali bin Hassan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

NS Fest 2019 di Dataran Nilai

NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Nilai, 23 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019. Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Oktober.

Baca selanjutnya...

  • bantuan tambang bas
    Bantuan Tambang Bas

    Bantuan tambang bas sebanyak Rm50 sebulan bagi setiap murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

  • Liputan Internet
    Liputan Internet

    Liputan internet di perkampungan orang asli 3G dan 4G.

  • institusi islam
    Pengukuhan Institusi Islam
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive