Khidmat KliP Mobile di bawah NBOS peringkat Negeri Sembilan menarik minat dua wakil rakyat dari Gemas dan Gemencheh untuk datang meninjau kelangsungan program dan sekaligus berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan dan mata. Tinjauan Dato’ Abdul Razak AB. Said, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas dan Tuan Mohd Isam Haji Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh mendapati program yang diadakan ini begitu terkesan di hati masyarakat terutamanya yang di tinggal di kawasan luar bandar.

Dato’ Abdul Razak berkata, inilah penawaran perkhidmatan yang ditegaskan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan sebelum ini yang begitu mengharapkan agar perkhidmatan kerajaan yang disediakan perlu menjurus kepada mendekati rakyat. “Apabila adanya perkhidmatan percuma sebegini dengan disediakan juga Klinik Pakar Bergerak Mata dari USIM, amat membantu masyarakat kampung terutamanya warga usia emas yang begitu memerlukan rawatan sebegini,” katanya.

Beliau juga berkata, pergerakan di kalangan warga usia emas amat terbatas dan adalah sukar bagi mereka untuk pergi ke hospital daerah yang jaraknya jauh dari tempat tinggal bagi membuat pemeriksaan awal.

“Saya begitu yakin, perkhidmatan seperti ini amat memudahkan dan begitu membantu golongan warga usia emas dan masyarakat luar bandar untuk membuat pemeriksaan awal tahap kesihatan mereka sebelum rawatan susulan di buat di hospital daerah,” katanya. Tuan Isam yang turut berada di lokasi berharap agar KliP Mobile akan datang ke Gemencheh pula untuk masyarakat di kawasan berkenaan menerima kemudahan perkhidmatan yang disediakan.

“Saya begitu teruja apabila meninjau perjalanan program yang diadakan pada hari ini dan jelas usaha yang dibuat ini tidak sia-sia, malah semakin mendapat tempat di hati masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan orang ramai yang membuat pemeriksaan hari ini begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mereka meminta agar sering diadakan bagi memudahkan mereka yang tinggal jauh dari bandar. Seramai lebih 60 orang mendapatkan perkhidmatan KliP Mobile yang diadakan di Balairaya Kampung Ulu Yoh, Tampin.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung berkenaan begitu menggalakkan kerana di kalangan mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan yang diberikan begitu dekat dengan mereka. Kebanyakan pesakit yang menerima rawatan adalah mereka yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, manakala bagi pesakit walk-in pula akan disaring terlebih dahulu sebelum rawatan dan pemeriksaan lanjutan dibuat.

Sepanjang tujuh bulan pertama pada tahun ini, tujuh lagi destinasi penjelajahan KliP Mobile yang telah diadakan adalah di Rumah Rakyat Panchor Jaya (Seremban), Kampung Tanjung Agas (Port Dickson), Kampung Purun Tanjung Ipoh (Kuala Pilah), Kg Ladang Geddes, Jempol dan Kg Pasoh 4, Jelebu, Kampung Pedas Hilir, Rembau. Sebanyak tiga pasukan menawarkan perkhidmatan kesihatannya di Kampung Ulu Yoh, Tampin yang terdiri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan membawa kepakaran Klinik Pakar Mata Bergerak, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Klinik Kesihatan Tampin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuka kaunter mereka bagi kemudahan pesakit untuk mendapatkan bantuan berhubung permohonan bagi pembelian cermin mata atau kanta mata di kalangan warga emas yang memerlukan rawatan. Gabungan usaha bagi penganjuran program ini turut disertai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin dan Jawatankuasa Kuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK).


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

NS Fest 2019 di Dataran Nilai

NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Nilai, 23 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019. Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Oktober.

Baca selanjutnya...

  • bantuan tambang bas
    Bantuan Tambang Bas

    Bantuan tambang bas sebanyak Rm50 sebulan bagi setiap murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

  • Liputan Internet
    Liputan Internet

    Liputan internet di perkampungan orang asli 3G dan 4G.

  • institusi islam
    Pengukuhan Institusi Islam
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive