SEREMBAN (14 September 2018):
Seramai 520 orang penjawat awamPentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Harun.

Penerima anugerah yang diraikan adalah penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Negeri Sembilan yang dilantik secara tetap, sementara ataupun kontrak serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun pada hari terakhir tahun penilaian. Selain itu, mereka yang terpilih ini juga telah memperoleh markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) sebanyak 85 peratus dan dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib sepanjang tahun penilaian.

Setiap penerima menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Mereka juga diberipeluang dan keutamaan untuk menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja, diberi keutamaan sebagai calon untuk menerima pingat, bintang atau darjah kebesaran persekutuan dan negeri. Jabatan-jabatan disarankan untuk mempamerkan nama dan gambar penerima di lokasi yang strategik sekitar pejabat agar menjadi sumber inspirasi kepada warga jabatan yang lain.

Mendahului senarai penerima ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Dato’ Haji Zazali bin Salehudin dan diikuti dengan Pegawai Daerah Rembau, Encik Amino Agos bin Suyub.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Tuan Zulkefly bin Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dr Razali bin Ab Malik, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri,Yang Berhormat Dato’ Iskandar Ali Dewa, Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Tuan Mohd Khidir bin Majid, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin haji Ahmad dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar dalam ucapan beliau menyatakan harapan bahawasemua penjawat awam perlu berfikiran lebih terbuka, bersikap inovatif dan kreatif serta berkebolehan untuk merealisasikan perubahan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

“Memandangkan era globalisasi dan pelbagai revolusi yang kian rancak pada hari ini, perkhidmatan awam memerlukan modal insan yang bersifat dinamik, responsif dan cekal. Walau bagaimanapun, setiap anggota perkhidmatan awam perlu terus membudayakan sifat bertanggungjawab, integriti serta amanah dalam melaksanakan tugas masing-masing” katanya.

“Warga perkhidmatan awam perlu meningkatkan kerjasama antara jabatan dan sentiasa bekerja sebagai satu pasukan. Terus terkongkong dalam sempadan tugas individu tidak lagi relevan dan akan menghancurkan kekuatan kita sedikit demi sedikit. Kita perlu bersungguh-sungguh untuk mengelakkan karenah birokrasi yang boleh melewatkan urusan stakeholders khususnya rakyat,” katanya.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

Negeri Sembilan Had Tempoh Waktu Operasi Perniagaan

Negeri Sembilan Had Tempoh Waktu Operasi Perniagaan
Seremban, 24 Mac 2020 (UKIK) - Semua premis makan, restoran, gerai makan tepi jalan dan perniagaan kenderaan saji di Negeri Sembilan hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuat kuasa Selasa ini sehingga 31 Mac depan.

Baca selanjutnya...

Sidang DUN Negeri Sembilan Tangguh

Sidang DUN Negeri Sembilan Tangguh
Seremban, 13 Mac 2020 - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung 30 Mac ini ditangguhkan, kata Speaker DUN Dato’ Zulkefly Mohamad Omar.

Baca selanjutnya...

COVID-19: Negeri Sembilan Tangguh Semua Program Awam

COVID-19: Negeri Sembilan Tangguh Semua Program Awam
Seremban, 12 Mac 2020 - Susulan situasi semasa COVID-19, semua program yang melibatkan orang ramai di Negeri Sembilan, termasuk sambutan Israk Mikraj yang dijadualkan 20 Mac ini, ditangguhkan.

Baca selanjutnya...

  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
  • Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia – Kemaskini 16 Mac 2020
    Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia – Kemaskini 16 Mac 2020
  • Corona Virus Disease 19 (COVID-19) – World Cases
    Corona Virus Disease 19 (COVID-19) – World Cases
  • Pengesanan Kluster Kes COVID – 19 Di Malaysia – Sehingga 14 Mac 2020
    Pengesanan Kluster Kes COVID – 19 Di Malaysia – Sehingga 14 Mac 2020
  • Berita Palsu Lockdown COVID-19
    Berita Palsu Lockdown COVID-19
  • Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
    Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
  • Kes COVID-19 di Malaysia: Pesakit Yang Sembuh dan Discaj
    Kes COVID-19 di Malaysia: Pesakit Yang Sembuh dan Discaj
  • Pasar Awam
    Pasar Awam
  • Pasar Malam
    Pasar Malam
  • Pasar Raya-Kedai Runcit-Kedai Serbaneka
    Pasar Raya-Kedai Runcit-Kedai Serbaneka
  • Premis Makanan
    Premis Makanan
  • Stesen Minyak
    Stesen Minyak
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Notis Penangguhan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.8/2020baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Projek Naik Taraf Local Area Network (Lan) Di Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Pejabat Tapak Semaian Mantin, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dan Pemasangan Node Rangkaian Di Jabatan – Jabatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Notis Penangguhan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.4/2020baru
    Perkhidmatan Kajian Kemungkinan Mengenai Cadangan Pembangunan Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan.
  • Notis Penangguhan Tender PPNST (BAJA) 01/2020 (Dijadualkan tutup pada 3 April 2020) baru
    Membekal Dan Menghantar Bekalan Baja dan Bahan Pelengkap Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020.     .
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.6/2020baru
    Kerja-Kerja Mengganti Wardrobe Dan Kabinet Dapur Asrama Lelaki Dan Perempuan Di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Serta Kerja-Kerja Berkaitan.
  • Notis Penangguhan Sebut Harga BP07/2020 Dan Tender SUKNS/T/BP1/2020baru
    Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Ingin Memaklumkan Penangguhan Penghantaran Bagi Dokumen Tender SUKNS/T/BP1/2020 Dan Sebutharga BP07/2020. Penangguhan Penghantaran Dokumen Ini Berikutan Arahan Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 mac 2020 Di Seluruh Negara. Perintah Kawalan Ini Dibuat Dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Dan Akta Polis 1967. Bahagian Perumahan Akan Memaklumkan Semula Tarikh Baru bagi Dokumen Berkaitan Dan Tuan/Puan Boleh Menyemak Didalam Portal Kerajaan Negeri Sembilan. Segala Kesulitan Amat Dikesali.
  • Notis Penangguhan Sebut Harga BP08/2020, BP09/2020, BP10/2020, BP11/2020, BP12/2020baru
    Penangguhan Sementara Lawatan Tapak Sebutharga Berikutan Arahan Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 mac 2020 Di Seluruh Negara. Perintah Kawalan Ini Dibuat Dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Dan Akta Polis 1967. Bahagian Perumahan Akan Memaklumkan Semula Tarikh Baru Lawatan Tapak Sebutharga Diatas Dan Tuan/Puan Boleh Menyemak Didalam Portal Kerajaan Negeri Sembilan. Segala Kesulitan Amat Dikesali.
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.2/2020baru
    Perkhidmatan Kawalan Tanpa Senjata Api di Kompleks Kraf, Jalan Keliling, Garaj Kenderaan Pejabat SUKNS, Muzium Astana Raja Kota, Muzium Diraja Seri Menanti & Muzium Teratak Za'aba, Batu Kikir bagi Tempoh 2 (dua) Tahun.
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Yang Berjaya Bagi Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.1/2020, SH/SUKNS/BIL.2/2020 dan SH/SUKNS/BIL.3/2020baru
    Perkhidmatan Pengurusan Kafeteria Di Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said Seremban 2 Bagi Tempoh 2 (dua) Tahun.
    Kerja-kerja Membersih dan Mengecat Pagar Kawasan Bangunan Wisma Negeri Serta Kerja-kerja yang Berkaitan di Seremban, Negeri Sembilan.
    Kerja-kerja Menaiktarafaf dan Ubahsuai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta Kerja-kerja yang Berkaitan di Tingkat 4, Blok A dan Blok B Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.
  • Tender PPNST (BAJA) 01/2020baru
    Membekal dan Menghantar Bekalan Baja dan Bahan Pelengkap Ke Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020. (Perincian adalah seperti di lampiran Dokumen Tender).

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email