SEREMBAN (12 September 2018):
Kerajaan Negeri Sembilan melantik seramai 866 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baru bagi tempoh perkhidmatan selama setahun mulai September 2018

Kesemua 393 orang yang dipilih mewakili 353 buah kampung tradisi dan 40 buah kampung baharu.

Majlis penyampaian sijil lantikan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Harun. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dr. Razali Ab. Malik dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Tuan Haji Ismail bin Ahmad.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Kampung Baru) memperuntukan elaun bulanan berjumlah RM500 bagi jawatan pengerusi dan RM300 bagi jawatan setiausaha MPKK yang dilantik.

Menteri Besar ketika berucap mengingatkan semua yang dilantik supaya lebih peka dan sensitif dengan hala tuju kerajaan serta keperluan masyarakat setempat. Menurut beliau, kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada masyarakat akan menyumbang kepada peningkatan imej kerajaan negeri.

“Sekiranya imej yang ditampilkan adalah baik, masyarakat dapat melihat, mendengar dan menikmati sendiri kesungguhan kerajaan dalam membangunkan masyarakat dan negeri ini,” katanya.

Jelasnya lagi, sebagai pengerusi dan setiausaha MPKK, mereka perlu membina, menjalin dan mengekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik di samping berusaha menyatupadukan masyarakat kampung.

“Setiap seorang yang dilantik perlu berperanan sebagai ‘driver’ yang akan memandu bagi mengenal pasti sumber kekuatan dan peluang yang ada di kalangan masyarakat setempat. Mereka juga bertanggungjawab untuk melihat kelemahan dan ancaman yang wujud sebelum merancang ke arah menentukan halatuju atau projek pembangunan yang sesuai dengan keperluan masyarakat setempat”, katanya.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

NS Fest 2019 di Dataran Nilai

NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Nilai, 23 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019. Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Oktober.

Baca selanjutnya...

  • bantuan tambang bas
    Bantuan Tambang Bas

    Bantuan tambang bas sebanyak Rm50 sebulan bagi setiap murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

  • Liputan Internet
    Liputan Internet

    Liputan internet di perkampungan orang asli 3G dan 4G.

  • institusi islam
    Pengukuhan Institusi Islam
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive