Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (31 Julai):
Seramai 186 orang menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun pada majlis yang diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.

Ahli-ahli Majlis yang dilantik dari kalangan ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum akan berkhidmat untuk tiga majlis perbandaran dan lapan majlis daerah di Negeri Sembilan.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Zulkefly Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dr. Razali Ab. Malik, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Menteri Besar berkata, pelantikan ini perlu bagi memperkasakan urus tadbir semua PBT agar perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sentiasa betul, teratur dan berintigriti.

“Pelantikan Ahli Majlis PBT ini adalah bersyarat. Sekiranya terdapat di kalangan mereka yang bermasalah dan dibuktikan oleh pihak keselamatan, mereka yang dikenal pasti akan digugurkan serta merta,” katanya.

Pelantikan Ahli Majlis pada kali ini turut memberi peluang kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memberi perhatian terhadap isu-isu berkaitan golongan ini.

“Kerajaan hari ini perlu berubah untuk memudah cara permasalahan di kalangan warga OKU. Mereka yang terpilih ini diharap dapat memberi pandangan yang membina bagi menambah baik tahap penyampaian perkhidmatan tanpa mengira kelas sosial masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

N. Sembilan Catat Kutipan Hasil RM422.1 Juta

NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Seremban, 7 November 2019 (Korporat SUKNS - Negeri Sembilan mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM422.1 juta sehingga semalam, berbanding RM421.2 juta pada tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Baca selanjutnya...

NS Fest 2019 di Dataran Nilai

NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Nilai, 23 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019. Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Oktober.

Baca selanjutnya...

  • bantuan tambang bas
    Bantuan Tambang Bas

    Bantuan tambang bas sebanyak Rm50 sebulan bagi setiap murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

  • Liputan Internet
    Liputan Internet

    Liputan internet di perkampungan orang asli 3G dan 4G.

  • institusi islam
    Pengukuhan Institusi Islam
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.44/2019 baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Precision Aircond Pusat Data Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.42/2019 baru
    Pembekalan Pakaian Seragam Tahun 2020 Kepada Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga UP 29/2019 baru
    Kerja-Kerja Kecemasan Mengganti Bumbung di Rumah Pangsa Sri Rasah, Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive