Majlis_Santapan_Negeri
SEREMBAN:
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Negeri yang diadakan di Klana Resort Seremban.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-70 turut dihadiri Dato’-Dato’ Undang dan Tunku Besar Tampin serta kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Dato’ Seri Zain Al-'Abidin.

Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri Raja Datin Seri Dato’ Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Seri Dr. Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan, Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negara.

Majlis Santapan Negeri dimulakan dengan persembahan tarian `Pahlawan Pesaka’ oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) sebagai pembuka majlis mengalu keberangkatan tiba Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan Dato’ Nasir Wahab.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan diiringi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkenan menyempurnakan acara memotong kek sempena Ulangtahun Keputeraan.


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

KDNK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI

Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019

Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019
Kuala Pilah, 3 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Sebanyak 30 pempamer berkongsi ilmu dengan mempersembahkan projek-projek inovasi yang dihasilkan mereka dalam usaha menyemarakkan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan masyarakat pada Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini, hari ini.

Baca selanjutnya...

  • bantuanTambangBas.jpeg
  • WhatsApp-Image-2019-10-25-at-11.46.26-AM-1.jpeg
  • WhatsApp-Image-2019-10-25-at-11.46.26-AM.jpeg
  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive